Thursday, February 26, 2009

D818 is in Malaysia

Psssstt.. Have you heard...?

The stock is here already! 
Handphone D818 available dalam 2 warna, putih berseri & hitam stylish.
Malah upgrade berikut telah dibuat:
kamera dari VGA (0.3 MP) kepada 1.3MP, dan; 
memory card Micro SD dari 1GB telah diupgrade ke 2GB

FOURFOLD the clarity of pictures & DOUBLE the storage! 
Harga? naik RM10 aje.. Harga terkini D818 ialah RM390.00

Kami dah pun deliver lebih daripada 30hp dalam 3 hari ni, and more order still to be delivered.
Anda bila pula?

Monday, February 9, 2009

Gerai GLOMIC Services di UIA

Bila? 
Selasa-Jumaat ini  (10-14 Februari 2009), 9pg-5ptg

Di mana? 
HS Business Centre, UIA Gombak (depan Bank Islam)

Apa yang boleh didapati di sana?
- Melihat demo telefon bimbit al-Qur'an
- Membeli stok-stok yang ada
- Membuat tempahan 

*Juga mengambil tempahan bagi Jaket Eksekutif (Hitam / Coklat) serta Pen Pengintip Ekslusif

Saturday, February 7, 2009

Hukum Membawa Alat Berisi Perisian Al-Qur'an ke Tempat Kotor/dalam Keadaan Berhadas

"HP ni mesti tak boleh bawa ke tandas kan...?"

Itu antara banyak2 soalan yang kami terima dari pelanggan, setengah tu bukan bertanya tapi dengan yakin keluarkan statement sebegitu.
Hurmm.. Tak apalah. Kami pasti, soalan ini timbul kerana kesedaran untuk menjaga kemurnian dan kehormatan Kalamullah, dan kami juga pasti pengguna akan meninggalkan telefon bimbit ini di luar tandas selagi boleh...

Tetapi, HP yang dah macam teman yang lebih rapat dari belangkas ni bolehkah selalu ditinggalkan, terutamanya bila ada hal-hal penting?

Perbincangan tentang hukum membawa perisian al-Qur'an/nama2 Allah ke dalam tandas atau semasa berhadas telah dibincangkan para ulamak di beberapa negara, contohnya di Indonesia dan Brunei. Di Malaysia, penulis tidak pasti kerana cuma pernah terjumpa hukum menggunakan nada dering al-Qur'an. 
Oleh itu, dipetik fatwa dari Pejabat Mufti Brunei Darussalam:

"Maka dapatlah diambil kesimpulan di sini bahawa adalah harus hukumnya membawa masuk alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al-Qur’an atau tafsirnya ke tandas dengan syarat unsur tulisan dan bacaan ayat al-Qur’an itu tidak muncul daripada alat-alat tersebut ketika berada di tandas.

Dalam erti kata lain, alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al-Qur’an atau tafsirnya itu hendaklah dimatikan ataupun dialihkan program al-Qur’an itu ke program yang lain sebelum masuk ke tempat-tempat kotor seperti tandas supaya unsur tulisan dan bacaan ayat al-Qur’an tidak muncul daripada alat-alat tersebut ketika berada dalam tandas."

Nah, jelas bukan? Hukumnya adalah HARUS ataupun boleh, dengan syarat tiada sebarang jenis paparan mengandungi ayat al-Qur'an/nama Allah/rasul. Sekiranya berminat membaca perbincangan yang lebih lanjut, sila download "Fatwa Brunei - perisian Qur'an" di dalam widget Box.net di sebelah. Selamat membaca dan menambah ilmu fiqh!

Tempahan Secara Online Bermula Sekarang

Setiap hari kami cuba memikirkan bagaimana untuk memberi khidmat yang lebih bagus kepada para pelanggan. Maklumlah, seperti juga produk kami yang masih baru ni, kami sendiri pun masih baru dalam dunia perniagaan. Insya-Allah perkhidmatan akan diperbaiki dari masa ke semasa dan juga akan berkembang mengikut kemampuan kami.

Baiklah, berbalik kepada perkara sebenar.. 
Mulai hari ini pelanggan boleh membuat tempahan telefon bimbit al-Qur'an secara online. 

Bagaimana caranya? Ikuti langkah-langkah mudah di bawah:

1. Download "Client's Order Form" dan "T&C handphone" di widget Box.net di sebelah
2. Baca T&C handphone agar anda memahami kontrak jualan secara jelas (oops.. leceh sikit, tapi dalam Islam syarat-syarat 'Aqad [kontrak] sangat penting difahami oleh pembeli)
3. Isi "Client's Order Form" dan penuhi syarat-syarat belian contohnya pembayaran (sekiranya ada)
4. E-mailkan kepada skglomic@gmail.com "Client's Order Form" yang telah diisi.
5. Maklumkan pihak kami pembayaran yang telah dibuat
6. Tempahan anda diproses!

Mudahkan untuk memiliki handphone ini walaupun berada jauh dari agen kami? jom mulakan prosesnya sekarang!

Thursday, February 5, 2009

Ujian buat semua

Salam semua, harapnya dalam keadaan sihat fizikal, mental dan tahap keimanan kita. 
Hari ini ialah hari yang bercampur baur bagi pihak pengurusan GLOMIC, ada berita baik dan berita buruk... Semuanya bertitik tolak daripada perjumpaan dgn supplier yang menguruskan shipment handphone ni..

Kita mulakan dengan berita baik dulu. Insya-Allah akan ada model baru di pasaran Malaysia, tentunya kepelbagaian ni satu berita baik.. sekurang-kurangnya kami dapat menawarkan lebih banyak pilihan yang kena dengan selera serta keperluan berbeza para pelanggan. Ermm, nantikan promosinya ya!

Skrg, berita yg menyedihkan kami sikit dan kami anggap sebagai ujian. Mana tidaknya, kami telah membuat promosi dan mendapat banyak order tapi dikhabarkan kilang yang membuat telefon bimibit model N72 (yang besar dan nampak macho) berhenti production sekejap atas tujuan maintenance dan penambahbaikan! 
Buat para pelanggan dan agen-agen kami, kami memohon maaf atas kesulitan yang kalian hadapi. 
Buat masa sekarang, supplier tu masih menyimpan dalam 10buah model N72, agen yang telah menerima tempahan dan tidak dapat menangguh/menukar tempahan harap dapat berhubung dengan kami sesegera mungkin.


Walaupun sedih, tapi "rehat" production tu for the greater good. Ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya:

Maksud ayat 1000 dinar:
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(At-Talaaq : 2-3)

Friday, January 30, 2009

KEHABISAN STOK - MARI BUAT TEMPAHAN

Salam.
para pelanggan yang budiman, oleh kerana sambutan yang teramat menggalakkan sehingga melebihi jangkaan kami, stok telefon bimbit al-Qur'an telahpun habis. Dijadualkan pada 20 Februari kami akan menerima stok yang baru. Kami galakkan anda membuat tempahan dulu bagi memastikan anda mendapat telefon bimbit al-Qur'an yang hangat di pasaran ini.

Anda boleh emel ke skglomic@gmail.com buat masa ini, kami akan berhubung dengan anda.
Ayuh kita hidupkan hari-hari kita dengan al-Qur'an~

Thursday, January 29, 2009

FLYER TERBARU TELEFON BIMBIT AL-QUR'AN

(sila click gambar di atas untuk paparan lebih besar)

Flyer comel untuk semua agen bertauliah ^__^ 
Nak tgk lebih jelas kena berjumpa terus dengan wakil jualan kami

Telefon Bimbit Al-Qur'an - Breakthrough Product in Malaysian Market

Assalamualaikum / Salam sejahtera!

Kami dari Glomic Services berharap anda sentiasa di dalam kesihatan, kegembiraan dan semangat yang tinggi.

Tidak dinafikan telefon bimbit merupakan satu keperluan pada masa kini. Tapi inginkah anda mempunyai telefon bimbit yang
boleh berfungsi lebih daripada sekadar menjawab & membuat panggilan, SMS, MMS, mengambil gambar dan mendengar muzik?

Memperkenalkan....

TELEFON BIMBIT AL-QUR'AN PERTAMA DI DUNIA

produk terbaru dan terlaris di pasaran Malaysia
(Stok adalah terhad)

==============================
==========================
dilengkapi dengan:
========================================================
  • bacaan & teks al-Qur'an 30 juzuk resam uthmani
  • 28 terjemahan bahasa-bahasa utama di dunia, antaranya Bahasa Malaysia, Indonesia, Inggeris, Cina dll
  • 11 buah kitab Tafsir dalam Bahasa Arab, Riyadh As Saliheen (Bahasa Inggeris), Muslim (Indonesia), dan Kitab Al-bayan (bahasa Malaysia)
  • Tafsir Al-Jalalain (Bahasa Arab/Inggeris/Melayu Indonesia)
  • Waktu solat bagi pelbagai bandar-bandar di hampir setiap negara
  • Azan
  • Pengiraan arah Kiblat

==============================
==========================
Spesifikasi lain:
==============================
==========================
  • Jaminan setahun
  • Kamera 2MP / VGA (bergantung kepada model)
  • Slot untuk 2 kad SIM yang boleh digunakan serentak
  • Bluetooth
  • SMS, MMS, dan GPRS
  • Kompas - bagi menentukan arah kiblat
  • Earphone
  • Memory Card SD 1GB

Bayangkan:
anda boleh mengalunkan dan mendengar ayat-ayat suci al-Qur'an,
menghayati tafsirnya,
menghidupkan sunnah dengan merujuk kepada dalilnya yang tepat,
kemudahan dalam menunaikan ibadah solat dengan mengetahui waktu solat beserta arah kiblat... Bayangkan anda mendapat semua kemudahan ini di mana-mana sahaja di dunia,
semuanya di dalam telefon bimbit anda!! Menarik bukan?


Kemudahan Islami di jari anda


Hanya dengan panggilan telefon/SMS ke wakil kami dan
RM380 (model D818)
atau
RM450 (model N72)



Apa tunggu lagi? Hubungi wakil kami sekarang juga sebelum kehabisan stok!


"Kitab ini (Al-Qur'an) tiada keraguan padanya;
petunjuk bagi mereka yang bertakwa"
(2 : 2)


Our Services & Contact Details




SK GLOMIC SERVICES (001765603-W)

Motto:
- the blueprint of excellent global Islamic services -

Our Services:

- Banner & Bunting Order (as low as RM 1.50 per sqft)

- Posters, Flyers, Brochures, Pamphlete, Certificates, Tags

- Supply of T-shirts, Uniforms, Executive Jackets, Crystal Trophy,
Seminar Bags & Promotional Items
- Printing & Embroidery Services

- First ever Al-Qur'an Handphone


Contacts:

E-mail GLOMIC Services at:
skGLOMIC@gmail.com

Syuhaib bin Ithnin
Managing Director
/ Business Development
M: +6013 222 9521
E: syuhaib@gmail.com

Khadijah Riza Atiq
Executive Director / Strategic Management
M: +6019 350 2703
E: dijariza@gmail.com

Mashita Abd Razak
Sales Account Manager
M: +6013 361 4955
E: siratolmustakim@gmail.com